Warna keseluruhan cover album ini sangat cantik bertemakan merah,hitam dan biru gelap.Dilengkapi sedikit info sejarah penubuhan kumpulan Soutul Amal dan maksud nama Soutul Amal menjadikan ianya sangat unik walaupun kelihatan simple.Turut di senaraikan individu-individu yang terlibat di sebalik tabir pembikinan album ini.Cuma lagi bagus jika di tulis tahun terbitan album ini pada cd atau cover untuk rujukan di masa akan datang.
- Jinggle : ***** 5 bintang
- Seru Pembelaan : **** 5 bintang
- Semarak Perjuangan : **** 5 bintang
- Amalu Lilah : ***** 5 bintang
- Solidarity In Islam : ***** 5 bintang
- Nostalgia : **** 5 bintang
- Medley pesanan : ***** 5 bintang
- Manusia : ***** 5 bintang
- Seruan Jihad : ***** 5 bintang
- Guruku : ***** 5 Bintang
- Sedarlah Insan : ***** 5 Bintang
- Balada : ***** 5 Bintang
- Analisa : ***** 5 Bintang
- Perpaduan : ***** 5 Bintang
- Bersatulah : ***** 5 Bintang
- Janji Tuhan Pasti Berlaku : ***** 5 Bintang
Ulasan Lagu :
Jinggle :
Sangat tepat dan bersesuaian dengan tajuk yang di beri-Jinggle atau bermaksud perkataan atau sesuatu yang mudah diingati.Alunan nama Allah di alunkan dengan sungguh bertenaga dan tersangat indah sekali.
Seru Pembelaan :
Tajuk lagu ini menjadi tajuk album terbaru Soutul Amal ini.Walaupun hanya 1 lagu ini lagu baru yang terdapat dalam album ini,lagu yang 1 inilah dengan mudahnya menewaskan kehebatan lagu-lagu nyanyian Soutul Amal yang lain dan menjadikan lagu ini adalah lagi no 1 yang terbaik dalam album ini.
Lirik lagu ini di nyanyikan dengan sungguh mendayu-dayu oleh Soutul Amal membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarkan keseluruhan lagu ini seolah-olah berpindah ke dunia lain.Terasa lari seketika dari suasana ketika itu.Ditambah dengan sepotong doa yang bacakan dengan penuh syahdu sekali.Terasa sungguh menusuk ke dalam hati dan jiwa.
Usia kumpulan Soutul Amal telah lebih dari 17 tahun memang melayakkan kumpulan ini di gelar sebagai otai Nasyid dan kembalinya mereka dengan album terbaru ini walau hanya dengan 1 lagu memang langsung tidak mengecewakan peminat.Lagu ini boleh di katakan sebagai kekuatan kepada Soutul Amal dan vokal mereka sepenuhnya di dalam lagu ini memang tersangat mantap dan membuatkan jiwa-jiwa meremang mendengarkanya.
Lirik ini berkisahkan saudara-saudara islam kita yang ditindas,dizalimi dan tidak mendapat sebarang bantuan walaupun dari saudara seagama sendiri dan lirik ini juga memang mempunyai keunikan tersendiri walaupun ianya kelihatan ringkas sahaja.Lirik ini sememangnya sangat puitis seperti karya seorang sasterawan dan memang sangat kena dan ngam dengan melodi lagu.
Tahniah kepada penciptan lagu ini iaitu Mohd Firdaus Sahidin yang juga merupakan ahli Soutul Amal kerana Berjaya menghasilkan karya yang sangat istimewa ini.Sangat berharap agar lagu ini menjadi viral di stesen-stesen radio dan juga tv dan juga berharap lagu ini akan memasuki carta-carta radio dan menjadi juara carta.
Semarak Perjuangan :
Lagu ini sebelum ini terdapat dalam album pertama Soutul Amal yang bertajuk Amal Kerana Allah yang di terbitkan pada tahun 1998 dan pada ketika itu Soutul Amal masih lagi remaja dan untuk remaja di zaman sekitar tahun 90 an keatas menyanyikan lagu-lagu seperti ini mungkin agak sukar tetapi Soutul Amal dapat menyanyikan dengan hebat dan mempunyai vokal yang sungguh luar biasa sekali.
Vokal Abd Alim Zakaria dalam lagu ini sememangnya terlebih hebat bagi seorang remaja yang baru sahaja berusia 13 tahun seperti beliau pada ketika itu.Lagu ini keseluruhanya sememangnya mempunyai kekuatan yang tersangat hebat.Melodi lagu ini segar dan memberi semangat kepada pendengar di tambah pula dengan lirik yang mampu menyedarkan dan membangkitkan jiwa-jiwa yang mengelamun atau jiwa-jiwa yang tidur
Amalu Lilah :
Lagu ini juga di ambil dari album pertama Soutul Amal.Lagu ini di nyanyikan dalam 2 bahasa,arab dan di nyanyikan juga dalam terjemahan bahasa melayu menjadikan lagu ini unik dan memudahkan pendengar memahami maksud lagu ini.Melodi lagu ini sememangnya di penuhi dengan semangat-semangat yang kuat.Lirik lagu ini sangat simple dengan hanya 3 rangkap sahaja namun penciptaan lirik dan susunanya sangat unik,indah dan luar biasa.Dengan lirik yang seringkas ini dapat menjadikan lagu ini sepenuhnya sangat menarik dan best di dengar tak kira masa.
Solidarity In Islam :
Walaupun lagu ini tajuknya dalam bahasa inggeris,namun ia bukan sepenuhnya lirik berbahasa inggeris.Hanya ada serangkap lirik berbahasa inggeris di dalam lagu ini yang di ulang 5 kali dan selebihnya berbahasa melayu sahaja.Walaupun ketika menyanyikan lagu ini ahli Soutul Amal masih lagi remaja,vokal dalam lagu ini kedengaran seperti vokal orang dewasa yang sudah matang.
Vokal mereka sememangnya sangat harmoni.Sedap,tenang dan damai hati mendengarkan sepenuhnya lagu ini.Dengar sekali rasanya memang tak cukup.Memang kena set repeat pada pemain cd atau laptop jika memasang lagu ini.Lagu ini juga pernah di terbitkan dalam album pertama Soutul Amal.
Nostalgia :
Lagu ini adalah lagu nyanyian Soutul Amal yang paling popular dari dahulu hingga sekarang.Lagu ini sering menjadi permintaan pendengar radio terutama radio Ikimfm untuk di siarkan.Lagu ini juga dari album pertama Soutul Amal namun lagu ini juga pernah di terbitkan dalam album Untukmu Sahabat terbitan Telaga Biru Sdn Bhd pada tahun 2005.
Lagu ini bertema dan berkisahkan tentang sahabat dan kenangan-kenangan di zaman pengajian dan menuntut ilmu.Sesiapa yang mempunyai sahabat dan pernah menuntut ilmu pasti akan sukakan lagu ini dan akan teringat kembali kenangan-kenangan mereka.Melodi lagu ini sangat santai dan tidak akan membuat pendengar rasa jemu walaupun di ulang dengar sebanyak mana pun.Lirik yang sangat puitis dan penuh makna dan di sertakan dengan doa untuk sahabat memang melayakkan lagu ini menjadi popular dari dulu hingga kini.
Medley Pesanan :
Lagu ini macam biasa sahaja namun di rangkap kedua lagu ini kedengaran seperti sebuah pantun dan di tambah dengan alunan selawat dan puji-pujian kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w menjadikan lagu ini juga tak kurang hebatnya dan tak bosan di telinga.
Manusia :
Subhanallah,Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah s.w.t kerana memberi dan meminjamkan bakat-bakat yang luar biasa kepada hamba-hambanya dan kumpulan Soutul Amal lah yang mendapat bakat luar biasa itu.Lagu dan lirik ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Abd Alim Zakaria,vokalis Soutul Amal yang pada ketika itu masih muda remaja berusia 13 tahun dan sememangnya sangat hebat apabila insan yang seusia itu sudah mampu mencipta lagu dan lirik seperti ini.
Lirik lagu ini kelihatan ringkas namun ia mampu mengetuk hati dan akan membuat kita berfikir dan merenung dengan keadaan diri dan manusia masa kini yang mengetahui segalanya namun dilalaikan dan tidak mengendahkan apa yang mereka mengetahuinya.Melodi lagu ini memang sangat bersesuaian dan padan dengan lirik ini membuatkan pendengar mudah menghayati sepenuhnya keseluruhan lagu ini.
Seruan Jihad :
Ini adalah satu lagi lagu ciptaan Abd Alim Zakaria yang juga pernah di terbitkan dari album pertama Soutul Amal.lagu dan lirik biasa sahaja tapi vokal keseluruhan dalam lagu ini sangat hebat,indah,harmoni,mantap dan tersangat sedap di dengari sehingga rasa nak dengar dan dengar lagi.
Guruku :
Sebuah lagu bertemakan khas buat insan yang bergelar guru atau cikgu.Keseluruhan lagu ini sangat indah di alunkan.Mengingatkan kita pada pengorbanan guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar kita suatu masa dahulu.
Keseluruhan lagu-lagu dalam album Soutul Amal ini sememangnya sangat-sangat berbaloi untuk anda dengar dan miliki kerana dalam album ini anda dapat mendengarkan suara-suara hebat dan mantap Soutul Amal dari 3 generasi-remaja,belia dan dewasa.
Sedarlah Insan :
Lirik lagu ini membuatkan hati jadi sayu dan mengalirkan air mata di tambah dengan melodi yang syahdu dan menusuk ke hati.Sangat terkesan dengan serangkap lirik
“Di sana tangisan tiada berguna
Rayuan tiada diterima
Jasad kesakitan menaggung azab
Atas perbuatan hidup di dunia”
Balada :
Lirik lagu ini sangat menyedihkan dan ia berkisahkan luahan hati anak-anak yang di abaikan oleh ibu bapa sendiri.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ibu bapa yang mengabaikan dan tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak kita.Bila mendengarkan lagu ini perasaan akan berubah secara tiba-tiba.Rasa amat sayu dengan apa yang di luahkan dalam lagu ini dan ia sememangnya kena dan ngam dengan vokal Soutul amal yang masih mempunyai suara kanak-kanak pada ketika menyanyikan lagu ini.
Analisa :
Lagu ini pula pernah di terbitkan dalam kedua Soutul Amal bertajuk Gema Perjuangan yang di terbitkan pada tahun 2001.Jika anda mendengar keseluruhan lagu-lagu dalam album Seru Pembelaan ini dari awal,sebelum lagu ini anda telah mendengarkan lagu yang membuatkan hati anda sayu dan syahdu,namun apabila track di pemain cd anda bertukar ke lagu ini,perasaan anda juga secara automatik juga akan berubah.
Melodi sepenuhnya lagu ini sangat mengujakan.Berirama sungguh segar di pendengaran dan nyanyian agak rancak namun liriknya memang akan mengetuk pemikiran dan akan membuatkan kita muhasabah dan menyedarkan diri.Sememangnya lirik ini sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku pada manusia di masa kini.
Perpaduan :
Bila sahaja lagu ini mula di mainkan,tangan dan jari jemari terasa bergerak-gerak kerana lagu ini berentak Tradisional Zapin.Memang sangat unik dan sangat sedap lagu ini.Siapa kata lagu berentak Tradisional tidak boleh di Nasyidkan?Inilah buktinya,sebuah lagu Nasyid berentak Tradisional Zapin yang berjaya di alunkan dengan sangat hebat dan indah sekali oleh Soutul Amal.Lirik,lagu dan vokal dalam lagu ini sepenuhnya memang sangat mengena,berpadanan dan bertepatan.
Bersatulah :
Lagu ini sebenarnya adalah sebuah lagu tema sebuah parti politik di Malaysia ini.Lagu ini terdapat dalam 2 versi.Versi asal terdapat dalam album kedua Soutul Amal.Lagu yang terdapat dapat album Seru Pembelaan ini telah di rakam semula dan di naik taraf menjadikan melodi dan vokal dalam lagu ini 100 % berbeza dari versi yang asal kerana usia ahli-ahli Soutul Amal juga sudah berbeza.
Untuk versi rakaman semula ini,terserlah kematangan dan kehebatan vokal Soutul Amal yang dapat di dengar dengan amat jelas dalam lagu ini berbanding dengan lagu versi asal yang kedengaran agak lembut.Bagi melodi pula,lagu versi baru ini kedengaran lebih bersesuaian untuk lirik seperti ini sesuai dengan peredaran masa dan zaman namun melodi versi asal lebih sedap di dengar kerana ianya kedengaran lebih ceria dan santai.Untuk menulis ulasan bagi lagu ini,Admin kena mendengarkan kedua-dua versi lagu ini untuk mendapatkan ulasan yang tepat tanpa sebarang kesilapan.
Janji Tuhan Pasti Berlaku :
Lagu ini yang dimuatkan dalam album Seru Pembelaan ini rasanya melodi permulaan sekali terpotong 5 saat di awalnya menjadikan lagu ini seperti 5 saat terkehadapan namun itu bukanlah menjadi kecacatan kepada lagu ini.
Bila menghayati lagu ini,Admin rasa seperti pernah dengar sebuah lagu Nasyid baru lain yang mirip dengan nyanyian lagu ini.Ya memang ada sebuah lagu yang amat mirip lenggok nyanyian dengan lagu ini nyanyian sebuah kumpulan Nasyid popular tanah air.Bukanlah 100 % sama tapi ia memang ada sedikit mirip persamaan.
Keseluruhan lagu memang menarik dan sedap.Saya nak cadangkan Soutul Amal nyanyikan semula lagu ini dan juga lagu-lagu Soutul Amal lama yang lain dengan vokal baru tetapi melodi lagu di kekalkan.In Shaa Allah ianya akan menjadi lagu hits.